SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA

Blog ini adalah untuk semua insan yang suka keamanan, perpaduan dan cinta pada Tuhan Yang Maha Esa

Sabtu, 13 Disember 2008

Petua atau Tips memilih Kursus Di IPTA/IPTS

Dewasa ini berbagai Universiti dan Kolej wujud di Malaysia secara positifnya ianya telah membuka banyak peluang kepada lepasan sekolah untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, Walaupun jumlah Universiti dan Kolej banyak adik-adik mesti berfikir dahulu sebelum memilih bidang yang hendak diikuti ini adalah supaya persaingan untuk mendapat kerja terbuka luas apabila mengengam segulung Diploma atupun Ijazah kelak. Disini abang turunkan beberapa tips untuk rujukan ataupun sebagai pedoman:-
a. Kaji Pasaran Perkerjaan Sekarang.....bidang apa yang memerlukan tenaga kerja yang banyak
b. Kaji Kemampuan Diri......jika aliran Art jangan cuba ambil aliran sains ataupun bidang yang memerlukan pembelajaran matematik dan sains yang banyak dalam pengajian kita di Universiti Kelak
c. Minat kita.......apa aku nak jadi bila besar nanti.
d. Kemampuan Kewangan
e. Sebagai seorang muslim solat sunat Isthikarah...minta petunjuk daripada Tuhan yang Maha Esa
Abang harap semoga adik2 mendapat pendoman dalam memilih kursus yang akan diikuti kelak samada sedikit ataupun banyak......jika perlu tanya pakar-pakar dalam bidang yang berkenaan.
Abang Ucapkan semoga adik2 semua selamat berjaya dalam SPM 2008 dan STPM 2008.....jika berjaya mendapat semua A.......ingat kita masih lagi insan kerdil ciptaan Tuhan di muka bumi ini....renunglah...manusia itu kecil.....berbanding dengan alam semesta ini....ilmu manusia terbatas berbanding dengan ciptaan alam ini........Selamat Berjaya...

Suasana Majlis Perpisahan Di PejabatKu
















Seorang Insan Bergelar Ibu

Ibu,
Nama ini mempunyai berbagai panggilan,
Mama, Ibu dan Mek,
Satu Nama yang Cukup Hebat,

Ibu, Ku Susun Sepuluh Jari,
Memohon Kemaafan Jika anak ini pernah melukai hatimu,
Ibu Ku Selalu berdoa moga kau sentiasa sihat dan ceria,
Ibu kaulah insan yang hebat,

Ibu, ku selalu panjatkan doa untukmu
Moga Kau sentiasa diredhai oleh Allah
Ibu, moga kau sentiasa senyum dan gembira,
Ibu kaulah insan yang hebat,

Ibu kau tak mengenal erti letih,
Demi membesarkan anak-anakmu,
Di wajahmu penuh kesabaran,
Ibu kaulah insan yang hebat,

Ibu maafkanlah Anakmu ini,
Ibu ...........Ku menangis dalam diam,
Buat Ibuku yang tercinta,
Semoga kau sentiasa diredhai oleh Allah.

Cuti-cuti di Cherating Pahang Malaysia




Cherating di Pahang adalah merupakan satu tempat pelancongan yang menarik di kawasan Pantai Timur Malaysia, Lokasinya yang terletak kira-kira 42km daripada Kuantan Pahang adalah merupakan kawasan pelancongan yang sangat popular baik di Malaysia ataupun di Dunia, Daripada Kuala Lumpur kita boleh ikut lebuhraya Pantai Timur lebih kurang 3 jam jika dipandu dalam 100km/j.Pantainya yang landai hampir 100 meter adalah sesuai untuk perkelahan seisi keluarga, Bagi kawan-kawan yang berminat bolehlah pergi ke Kg Cerating disini terdapat berbagai resort yang berharga daripada serendah RM70.00 sehingga RM300.00 bergantung kepada bilik yang kita nak. Makan dont worry disini terdapat banyak gerai manakala kedai souvenior pun harga nya ok. Anak-anak aku memang suka tempat nie sebab mereka boleh main pasir dan berenang sendiri memandangkan pantainya yang landai. Mat-mat Saleh pun ada ...ada yang duduk sampai sebulan...taperlah duit dia orang banyak.....Suasana malam nya sungguh nyaman dan mengasikan kalau saper nak bulan madu pun ok tapi ...kena pilih calet yang bagus sikit.....Disini gambar-gambar di Cerating aku letak...kot ada saper yang berminat nak pergi.....Cuti-cuti Malaysia

Sabtu, 15 November 2008

Nama-nama buah yang makin pupus

Emmm....disini aku nak coretkan berkenaan beberapa nama buah yang makin pupus terutama ditempat aku
a. Buah Kerian
Buah kerian ini biasanya tumbuh di hutan pantai timur semenanjung Malaysia dan Utara Malaysia, Biasanya buah ini ditanam ataupun tumbuh liar di kawasan penanaman padi di Kelantan, Aku masa kecil dulu sangat suka akan buah ini, pokok buah ini tinggi dan jenis pokok berdaun lebat buah muda berwarna hijau dan bila masak ianya berwarna hitam kulitnya tapi isi dalamnya berwarna merah, rasa buah ini yang kelat-kelat manis adalah menjadi kesukaan aku buah ini kecil saiznya dalam 10mm ajer atupun kurang lagi, nak sedap buah ini yang masak dipungut dan dimasukan kedalam mangkuk selepas itu ambil 2 ke 3 biji cili dicampur dengan cuka,gula dan garam lepas itu digaul bersama wauuuuu.....meleleh air liur beb bila makan tu..aku kadang-kadang bila balik kg tu teringin nak makan ...tapi tak kena dengan musimnya...kesian kat aku...macam aku nie mengidam betul.....sedap beb yer ler benda yang susah nak dapat.
b. Buah Terajang
Buah ini juga spesis pokok hutan ianya terdapat dikelantan dan sekarang nie boleh dikategorikan sebagai hampir pupus....buahnya terdapat dalam pelbagai warna macam talipinggang taekwando buahnya sepanjang 10-25mm dan bebentuk lonjong masa buah muda warna hijau, tua sikit warna kuning, tua sikit lagi warna merah dan bila masak warna hitam. Rasa buah ini kelat-kelat manis sekarang nie kalau balik kg pun pokok pun tak nampak dah....sekarang nie akupun tak tahu spesis nie wujud tak lagi....kesian generasi sekarang tak dapat rasa....

Anakku

Anakku,
Dibumi bertuah ini kau dilahirkan,
Seribu harapan mengunung menunggu mu,

Anakku,
Bangsa mu perlu bangkit,
Bangkit mengejar ilmu akhirat dan dunia,

Anakku,
Jangan sekali-sekali kamu alpa di bumi bertuah ini,
Belajarlah sejarah dan ingatlah sejarah,

Anakku ingatlah pesanan Ayahbonda,
Jagailah bumi bertuah ini dengan jiwa dan ragamu,
Janganlah lupa kepada kuasa yang maha Esa,

Anakku jangan sesekali lupa dan terlelap,
Renung dan Isthikarah apa yang berlaku,
Anakku doa itu senjata orang mukmin,
Anakku ku doakan kamu moga menjadi insan yang berguna,
Untuk Agama, Bangsa dan Negara,
Amin, Amin, Amin

Khamis, 13 November 2008

AMANAH SAHAM AKHIRAT ( ASA )

Setiap manusia dimuka bumi ini terutamanya seorang muslim perlu tahu apa itu ASA , ini memandangkan bahawa secara duniawi kita terkejar-kejar menacari harta, saham dan sebagainya untuk kesenangan dunia, sampai kadang-kadang kita terlupa untuk mencari ASA walhal kehidupan diduniawi ini hanya sementara iaitu dalam lingkungan 60 hingga 70 tahun dan mana-mana yang lebih itu adalah kredit yang tuhan telah berikan, Saya sebagai insan yang kerdil ini hanya mengingati sesama umat islam supaya kita menjadi hebat dalam dua-dua bidang iaitu saham dunia dan saham akhirat, Oleh itu kita telah diingatkan oleh tuhan hanya 3 perkara yang boleh menyumbang kepada pahala (ASA) kita iaitu:-
a. Harta yang disedekahkan
b. Ilmu pengetahuan yang berguna
c. Anak yang soleh
Saya ingin memfokuskan kepada bahagian a sahaja iaitu harta so, maka kat dunia ini kita bolehlah sama sama menyedekahkan harta kita jika berlebih dari keperluan untuk sama-sama membantu dalam memperbanyakan (ASA) kita samada melalui badan kerajaan seperti zakat ataupun secara persendirian, janganlah kita bertanya betulker duit yang aku sedekahkan digunakan untuk maksud yang betul sesungguhnya Tuhan mengetahui dan akan menyoal orang yang dipertanggung jawabkan dengan azab yang pedih.
Sesungguhnya pelaburan dalam (ASA) adalah tidak merugikan walaupun kita hanya mampu menderma sebanyak 10 sen ataupun seringgit kerana ia menjamin kehidupan kita selepas mati semasa kita sedang menimbang hitungan kita samada bahagian dosa ataupun pahala yang lebih.
Sesungguhnya saya hanya mampu menyampaikan perkara dan amanah ini....sesungguhnya keputusan itu datang daripada hati nurani kita sendiri.....jika pembaca mempunyai komen bolehlah menghantar kepada saya...wasalam.
kerisloktujuh 14112008

Isnin, 10 November 2008

Hobi Mengumpul Duit Lama dan Edisi Terhad

Mengumpul duit lama ataupun wang adalah merupakan satu hobi yang menguntungkan, hobi ini kebanyakan dipolopori oleh kaum Cina.......Aku mula bertukar hobi ini dah hampir 5 tahun...selepas ku simpan secara kecil-kecilan....Aku jumpa satu cina...member akulah dia yang bagi tahu supaya aku seriuskan sikit dalam hobi ini.....Hobi ini sebenarnya adalah satu hobi berbentuk pelaburan jugak ler...tapi masa panjang.
Sebenarnya dalam hobi ini kita perlu fokus kepada satu negara ajer...so aku fokus kepada matawang negara akuler...Malaysia....buat masa sekarang aku mempunyai pelbagai koleksi yang menarik dan sukar didapati..cth duit kertas zaman british bernilai 10 sen, duit zaman jepun , duit kertas lama zaman cetakan 1960an hingga sekarang, no siri ZA, ZB, ZC bagi duit not kertas to replacement note ler kalau nak tahu...duit -duit siling tu zaman 1867 sehingga sekarang termasuk duit pemerintahan brooke di serawak zaman tu...sebelum merdeka ler...selain daripada duit 1/2 sen dan 1 sen zaman British.....so saper yang terbaca ruangan ini bolehlah syer dengan aku idea-idea bak mengumpul duit.....tgh mencari duit 10 sen 1971 dan RM 1 bertandatangan Aishah.....wasalam...byeeeeee.

Lawatan KerjaKu ke Melaka dan Johor

Pada Rabu dan Khamis pada 6 dan 7 Nov 2008 aku telah ditugaskan untuk membuat lawatan ke Melaka di Air Keroh yang bernama tempat X ...biasalah kerja nasib baik bawa kawan sebagai guide pembawa peta hendak dituju ditempat X...sampai di tempat X aku disambut oleh tuanpunya tempat..sesi lawatan pun bermula kerjaku sampai pukul 4.30 petang, penat juga itupun aku hampir sesat semasa nak pergi ke tempat X di Air Keroh tu.


Selepas itu aku pun baca peta nak pergi ke tempat Y di Tangkak Johor inilah firstime aku pergi sana , akupun apa lagi tengok peta apa yang adalah......dari Air Keroh Ke Tangkak tu lebih kurang sejam...sampai Pekan Tangkak aku pun meronda mencari hotel..orang kata kalau tader hotel kat Tangkak terus ke Segamat lebih kurang 25 ke 30 km.........Cari punya cari jumpalah aku sebuah hotel 4 tingkat yang baru namanya Hotel Ophir ....kadarnya pun OK ..amoi yang jaga tu baiklah..cun lak tu ....apa-apa pun aku ucapkan tkasih lah hotel tu memang berbaloi..saper2 yang pergi Tangkak bolehlah tinggal disana ratenya dari RM75 ke atas......


Lepas aku check in dan solat aku pun rondalah pekan Tangkak jam 6.30 ptg cari apa yang patut untuk ole-ole.


Pada khamis pagi bermulalah aku ke tempat Y wah jaraknya lebihkurang 30km..jalannya bengkang-bengkok..siap lalu kaki gunung ledang lagi...habis kerja di tempat Y jam dah tunjuk hampir pukul 4.50 ptg. Aku pun bertolak balik ....OPssss..aku singgah jap dekat kaki gunung ledang pukul 5.10 ptgtukar baju.....beli ole-ole nak mandi dah gelap....6.30 aku balik rumah ku..lepas hantar kawan kat AU3 ...aku sampai jam 10.00 mlm...penat weiii.....lepas tu aku deman....pergi klinik RM45 terbang dah ler masa nak pergi aku servis kereta aku RM150.00 habis...Claim tak tahu berapa yang dapat...????. Tapi tugas itu amanah.........byeee

Isnin, 27 Oktober 2008

Persatuan Penduduk Taman Desa Mas, Bandar Country Homes Rawang

Per : Jemputan Ke Rumah Terbuka Aidilfitri & Deepavali Anjuran Persatuan Penduduk Taman Desa Mas Bandar Country Homes Rawang



Dimaklumkan kepada semua penduduk Taman Desa Mas Fasa 2 satu jamuan raya akan diadakan pada 2hb November 2008, masa1.00ptg hingga 5 petang ahad tempat taman reakasi Taman Desa Mas 2, semua penduduk di jemput hadir bayaran hanya RM10.00 ajer, pakat-pakatlah datang demi perpaduan Taman Desa Mas, semoga segala agenda yang telah dirancang berjalan lancar, Semua penduduk yang kelapangan dijemput hadir pada malam1hb Nov 2008 jam 9.00malam untuk sama-sama menyediakan bahan-bahan juadah bagi jamuan pada 2hb Nov2008. Datanglah ramai-ramai bergotong royong saper yang nak sponsor lebih tu....sangat dialukan. Muafakat membawa berkat.


Nukilan dan salinan daripada edaran Surat Persatuan Rujuk PPTDM/11/2008-Keris Lok Tujuh 083027102008

Sabtu, 25 Oktober 2008

Tips Membeli Rumah

Kau Orang Semua mesti nak beli rumah satu hari nanti....tapi tak tahu nak pilih yang mana patut dibeli tentu persoalan yang timbul ialah mampu kah aku....Di sini aku coretkan sikit tips bagi saper yang berminat..Oh yer betulker aku boleh bagi nasihat...jap aku nie dulu pernah ambil bidang Valuation kat UTM....Prof aku dulu Puan Hasmah...best giler tu zaman 90an ler kalau member terbaca ruang nie boleh kirim salam kat aku dalam ruangan bercambah fikiran..melalut lak aku disini aku turunkan tips kalau nak lebih lanjut kena jumpa pakar lainlah kot....Tipsnya adalah seperti berikut
a. Semak Lokasi kau orang nak beli....ok tak dari tempat koje kau orang
b. Freehold ke Leasehold
c. Tanah tu tanah lombong ke tanah ori
d. Harga tu....mampu tak bayar bulan-bulan.....25 tahun /30 tahun loan
e. Pergi ke tapak dulu jangan dok pandai sign dulu...tgk pelan atas kertas cantik..kat luar tak tahu lagi
f. Masa beli tu boleh survey kawasan sekitar majoriti yang dok kat situ bangsa aper bukan apa senang nak bina surau bila majoriti...kalau tak kisah hentam ajerlah
h. Last sekali solat..Isthikarah bagi yang muslim.


Aku rasa cukuplah tips yang ringkas nie.....




Nukilan KerisLokTujuh 2030251008

Rabu, 22 Oktober 2008

Bangsaku

BangsaKU,
BangsaKU, Bangunlah dari mimpi yang di buai indah,
Lihatlah sekeliling mu,
Janganlah berminpi lagi di siang hari,
Lihat Bangsa lain yang telah maju,

BangsaKU
Bangunlah demi hari ini, esok dan selama-lamanya
Kuatkan barismu, Kuatkan ikatan mu, Kuatkan Pengetahuanmu
Demi generasi ini dan generasi masa depan

Allahuakhbar,
Semoga Tuhanku Sentiasa merahmati dan memberkati bangsaku
Bagsaku demi hari esok yang akan menerbitkan surianya
Bagunlah demi generasi mu
Bangunlah, bangunlah, bangunlah

Nukilan Keris Lok Tujuh 1715221008

Isnin, 20 Oktober 2008

Keris


Hikayat Keris


Keris adalah lambang jatidiri orang Melayu. Ianya juga merupakan satu simbol kedaulatan Raja-raja Melayu pada zaman dahulu. Keris dibuat bukan sahaja melalui bahan yang ditempa tetapi ia juga diramun dengan pelbagai ilmu kesaktian pada zaman dahulu. Selain itu ia juga dijadikan lambang kepahlawanan seseorang sama ada pada zaman dahulu mahupun pada zaman sekarang.

Sabtu, 18 Oktober 2008

MENJADI KELUARGA BAHAGIA




Keluarga Bahagia adalah penting bagi sesuatu masyarakat bagi menjamin masyarakat itu maju aman dan damai