SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA

Blog ini adalah untuk semua insan yang suka keamanan, perpaduan dan cinta pada Tuhan Yang Maha Esa

Khamis, 3 September 2009

Selamat Berpuasa Kepada Semua Muslim dan Muslimat

Emmm...nampaknya aku dah terlewat untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua muslim dan muslimat....memandangkan sejak akhir-akhir ini aku terlalu sibuk dengan pelbagai urusan maka tak sempat aku nak menjengah laman blog aku nie..tapi aku masih ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua.....salam khabar buat semua blogger, maka pada bulan yang sungguh mulia ini marilah kita bersama-sama meningkatkan amalan masing-masing sesungguhnya di bulan yang mulia pahala yang dijanjikan oleh Tuhan yang maha Esa adalah besar bagi orang-orang yang beriman.
Pada bulan ini marilah kita bersama-sama mengurangkan segala aktiviti yang melalaikan, membazirkan dan apa lagi aktiviti yang subahat dan membawa dosa.....sesungguhnya di bulan ini peluang keemasan kita untuk mendekati diri kita pada Allah adalah sungguh besar...di bulan ini kita perhatikan masjid dan surau sentiasa di penuhi oleh kaum muslimin dan muslimat untuk mengerjakan solat tarawikh dan mendengar tazkirah.
Di bulan ini kita berasa bangga melihat masjid dan surau yang hampir penuh berbanding dengan bulan -bulan yang lain-lain.....alangkah indahnya jika perkara ini dapat diteruskan selama-lamanya. Di bulan ini kita boleh juga mengambil kesepatan untuk perpaduan semua orang islam tanpa mengira bahasa dan warna kulitnya. Sesungguhnya insan yang mulia disisi Tuhan yang maha esa ialah orang-orang yang beriman.
Semoga sedikit nasihat ini berguna kepada pembaca blog ini...salam ramadhan diucapkan moga kaum muslimin dan muslimat sentiasa di beri perlindungan dari Allah yang Maha Esa....byee.

Jumaat, 7 Ogos 2009

Hipokrit satu penyakit

Dewasa ini banyak manusia yang bersifat hipokrit termasuklah dipejabat dimana banyak kaki ampu yang lebih ceria dan senang berkerja tanpa tension daripada seorang perkerja yang jujur dan ikhlas, dimana-mana pejabat manusia hipokrit dan kaki ampu ini jika kita lihat mereka akan senang berkerja, dapat tugas yang senang posting pun ditempat yang senang tetapi ada juga segelintir bos yang suka diampu dan dipuji so jika dua -dua insan ini ada didalam persekitaran pejabat ini akan menyebabkan kakitangan yang ingin berkerja secara jujur pun lama-lama akan terkena penyakit sebegini. Bak orang kata buah yang busuk bercampur dengan buah yang baik lama-lama akan membuatkan seluruh buah akan jadi busuk. Hidup ini jika kita tidak fikir akan agama amatlah susah kita akan menjadi macam ketam makin nak dibetulkan makin bengkok jadinya. Sesetengah generasi baru tidak kisah apa itu haram,halal dan yang paling teruk suka memberitahu kepada bos akan perangai rakan sekerja walhal dia pun 2 x 5 ajer malah lebih teruk lagi sebab sifat hipokrit dah ada dalam jiwa dia ditambah lagi dengan sifat ego.
Adakah mereka tak tahu bahawa tuhan telah menyediakan CCTV yang besar untuk merakamkan segala perbuatan dan tingkahlaku setiap orang untuk ditunjukan diakhirat kelak, masa tu pasti semua terdiam dan terganga ........Ohhhh aku buat ker? betulker....tapi masa tu dah terlambat.....so kawan2 renung-renungkan lah......nie ajer nasihat....

Khamis, 23 Julai 2009

Cintailah Pasangan Anda

Emm.... tajuk nie aje aku nak tulis...memandangkan dalam suratkhabar terdapat banyak isu keruntuhan rumahtangga..yang berlaku pada akhir-akhir ini...sebenarnya setiap orang yang dilahirkan di muka bumi ini telah ditakdirkan akan hidup dengan pasanganya ini memandangkan bahawa Allah telah menetapkan bahawa jodoh, maut dan rezeki itu telah ditetapkan ketentuan oleh Yang Maha Pencipta.
Kita Berbicara secara ikhlas dan bukan hipokrit bahawa setiap insan yang ditanya akan menginginkan pasanganya lawa(handsome), cerdik, sedap mata memandang, ada umphhh dan berbagai kriteria lagi tetapi sejauh mana kita mendapatnya hanyalah Tuhan yang menentukan walaubagaimanapun kita mestilah berusaha secara ikhlas dan sedia menerima jodoh yang telah ditetapkan.
Jika kita renung sejenak kejadian kita. kita hanyalah makhluk ciptaanya dan berbagai hadis yang kita baca atau dengar mengatakan bahawa hidup didunia ini terlalu singkat ada yang mengatakan ibarat berteduh disebatang pokok di waktu panas sebelum menuju ke tempat yang abadi.
Justeru daripada itu jika difikirkan ini adalah ujian daripada Tuhan untuk menilai sejauh mana kesabaran kita ingatlah, ingatlah dan ingatlah bahawa mati itu pasti, alam kubur itu pasti, kiamat itu pasti neraka dan syurga itu pasti.
Hidup didunia ini bagi orang yang beriman adalah satu cabaran yang sangat hebat.......
Pasangan anda ? ingatlah jika tiada pasangan anda anda akan kehilangan tempat bergurau, tempat untuk melepaskan segala masalah, rakan bicara, jururawat peribadi dan mungkin juga sebagai rakan bergaduh....maksudnya bertengkar....renungkanlah....kita akan kehilangan semua ini.....sebuah rumah yang kosong........kosong....dan kosong.

Rabu, 15 Julai 2009

JLKN Telah berpindah ke Tempat Baru

Apa khabar semua disini nak bagi tahu pada semua blogger bahawa Jabatan Latihan khidmat Negara telah berpindah ke alamat baru ke tempat yang lebih selesa dan aku rasa parking pun ok berbanding dengan tempat lama dulu, tapi masa minggu perpindahan tu....waduh penat dok kemaskan barang dengan habuk ler......tapi Ok gak sebab lepas nie nak buat 5S bab yang pertama tu sisih dah dilaksanakan, bayangkan lah dekat 80 guni sampah yang dikumpulkan....emmm banyak beb. Masa tengah sisih tu macamlah cerita yang keluar ajer nak hilangkan boring......muka kami pun macam dah kena snow walaupun tader snow kat malaysia.....bagi staff yang sama-sama gotong royong tu aku ucapkan banyak terima kasih....eeeeee. banyak ker dapat duit....dan bagi sesiapa yang ada kepentingan dengan JLKN terutama kepada adik -adik diluar sana yang akan memasuki PLKN pada bulan Disember nanti bolehlah berhubung dengan alamat di bawah :
Jabatan Latihan Khidmat Negara
Aras 2-5, Bangunan Zetro
Jalan 9/27C, Seksyen 5
Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur
03-40274000
Bangunan kalau kome perhati dekat dengan Caref4 .......alah kat atas bukit kalau lalu seksyen 5 pasti kome semua nampak...
Sekiaan untuk makluman

Rabu, 8 April 2009

Sebuah Kehidupan

Ku Terdengar Suara Azan
Memanggil hambanya yang beriman
Demi menuju ke satu tempat yang suci, aman dan damai
Untuk insan-insan yang bertaqwa

Tetapi kadang-kadang aku alpha
Dik kesibukan duniawi ini
Walaupun diri ini telah berjanji
Untuk mengadapnya setiap 5 waktu

Waktu ini sangat laju berlalu
Adakah amalku telah banyak di bawa
Ataupun sebaliknya
Oh Tuhanku bimbinglah aku walaupun setiap saat.

Tuhanku, aku hanya insan yang lemah
Didunia ini penuh dengan likunya
Kadang-kadang aku lupa
Untuk menjadi insanmu yang beriman

Ampunilah aku,Ku hanya mampu bermunajat padaMu
Ku berdoa padaMU
Bimbinglah aku, redhakanlah aku di dunia ini
Demi menuju ke tempat abadi.

Sabtu, 21 Mac 2009

Tazkirah 1

Perbanyakanlah kamu sekalian membaca surah al-falaq dan surah an-nas, Nescaya Allah memberi manfaat kepada kamu kerana membaca kedua-dua surah tersebut di akhirat kelak. Kedua-dua surah ini akan menerangi kubur dan menghalau jin, menambahkan kebajikan, memberatkan timbangan amalan dan menunjukan jalan ke Syurga bagi mereka yang membacanya.

Riwayat Ibnu Mas'ud r.a.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas setiap kali mengerjakan solat fardu nescaya Allah S.W.T mengurniakan kepada mereka, hati orang-orang yang bersyukur, amalan mereka yang shidiqin, pahala para nabi, dan menghamparkanke atasnya rahmat dengan limpah kurnia Allah, yang mana tiadalah yang mencegahnya daripada memasuki syurga selepas mati.

Riwayat Ibnu Abbas r.a.

Jumaat, 20 Mac 2009

Malam Yang Sepi

Malam ini hujan masih sudi membasahi bumi ini,
Bumi yang penuh dengan rahmat dariMU,
Bumi yang ini tidak pernah lokek menghasilkan rezeki utk Insan Kerdil
Bumiku, Bumi Malaysia.

Bumi ini ibarat lautan Madu,
Berbagai bangsa semut mengurungi bumi ini,
Membawa berbagi warna dan dialek,
Yang Bisa ku Fahami dan Tak Fahami.

Ohhh..mereka juga hamba Allah
Mencari sesuap nasi dan rezeki di bumi yang tercinta ini
Untuk keluarga yang tersayang, nun jauh di ufuk bumi.
Ada yang berjaya ada juga yang tersungkur.

Ingatlah semua, rezeki yang melimpah ini hanya ujian,
Untuk berjumpa Sang Pencipta Yang Maha Esa Kemudian hari,
Janganlah kita menganiaya diri sendiri,
Kelak kita juga merana diri.

Masalah Pada Blog

Baru-baru ini aku mengalami masalah pada blog tak tahulah, mungkin sebab suka copy gadget atau skrip untuk di masukan dalam laman blog aku supaya kelihatan lawa dan cantik, menyebabkan blog aku tak boleh nak buka seminggu gak...so saper2 blogger yang baca blog nie bolehlah tolong bagi nasihat...kot2 sudilah..Satu lagi macamana nak buat 3 coloum pada blog aku tgk blog2 yang 3 coloum nie cantik gak lepas tu siap ada button lagi....bagilah tip yang mudah.

Selasa, 10 Mac 2009

Selamat Memasuki Kem PLKN

Tahniah kepada pelatih-pelatih yang telah terpilih memasuki Kem -kem PLKN bagi sesi pengambilan Kumpulan 2 Siri 6/2009. Disini dimaklumkan laman web yang boleh dikunjungi seperti berikut http://www.khidmatnegara.gov.my/ iaitu bagi mendapat maklumat lebih lanjut. Di dalam laman web tersebut disediakan nama senarai pelatih yang berjaya, borang-borang , alamat kem dan peta hendak pergi ke Kem PLKN. Di Kem PLKN nanti berdasarkan kepada Buku Panduan Peserta Kump 2 Siri 6/2009 disediakan keperluan seperti berikut:
a. Pakaian Celoreng
b. Pakaian Sukan
c. Pakaian Kelas
d. Tudung, tuala, berus kasut
Peserta juga dikhendaki membawa pakaian lengkap bagi kegunaan peribadi sepanjang kursus tersebut, kelengkapan kemasan diri, keperluan mencuci pakaian. Hanya 1 beg pakaian dan 1 beg sandang sahaja yang dibenarkan.
Manakala barang-barang berharga adalah tidak digalakan.

Sabtu, 28 Februari 2009

DOSA SAHAM YANG BERKEKALAN-BHG 2

Dewasa ini kita dapati bahawa perkembangan IT telah menyebabkan kita dapat berhubung melalui alam maya tanpa mengira sempadan termasuklah aku yang suka melihat blog-blog yang cantik lagi menawan. Terimakasih kepada blogger-blogger yang telah memberi tunjuk ajar pada blog kau orang masing2 bagaimana untuk mencantikan blog. Bagi pengunjung blog ini aku senaraikan diruangan pautan aku tempat aku belajar untuk membaiki blog ini yang masih tak seberapa.
Disini aku hanya memberi sedikit nasihat sebagai seorang muslim bahawa selepas mati kita kita masih mendapat pahala dan dosa iaitu kepada tiga perkara :
a. Anak Yang Solleh
b. Harta Yang Di Wakafkan
c. Ilmu yang berguna.
Aku ingin menyentuh tentang bab C iaitu ilmu yang berguna jika kita mengajarkan seseorang dengan ilmu yang baik bila kita mati pahala yang dihasilkan itu masih kita terima, tetapi jika kita mengajar ilmu yang tak baik di alam kubur nanti kita masih menerima padah ( dosa). Apa kaitan dengan IT, disini jika kita menyebarkan keaiban, atau ilmu salah (gambar xxx) maka kat kubur esok walaupun kita mati kita masih menerima nya kerana penyebaran sesuatu benda/perkara yang tak baik di dalam IT ianya akan merebak dan merebak dan mungkin akan terus berlaku dan akan kekal mungkin 1 tahun,10 tahun, 100 tahun, 1000 tahun atau selama-lamanya sampai kiamat. Jadi berhati-hatilah setiap tindakan yang dibuat. Renung-renungkanlah....ini hanya nasihat........

Isnin, 23 Februari 2009

Selamat datang ke Kem PLKN

Tahniah kepada semua peserta yang telah terpilih mengikuti latihan di kem-kem PLKN di seluruh Malaysia, peluang ini tidak boleh di perolehi oleh semua rakyat Malaysia...oleh itu semua generasi muda yang telah terpilih .....gunakanlah kesempatan ini untuk belajar dan menimba ilmu semasa berada di kem-kem PLKN selama 3 bulan. 3 bulan itu hanya sekejap ajerrrr......di kem PLKN nanti akan diajar beberapa modul seperti berikut:
a.Modul pembinaan karakter
memberi fokus kepada pembinaan diri dan pembinaan diri dengan orang lain
b. Modul Khidmat Komuniti
mempertingkatkan semangat kesukarelaan dalam kerja khidmat sosial , memelihara alam sekitar dan kemudahan awam.
c. Modul Kenegaraan
memperluaskan pengetahuan tentang kenegaraan dan meningkatkan perasaan cintakan tanah air
d.Modul Fizikal
membina kemahiran dan ketahanan mental,emosi, spritual dan lain-lain
Jadi bagi anak-anak muda-mudi yang terpilih jangan lepaskan peluang ini, sesungguhnya program ini adalah sangat baik dalam menjamin perpaduan, semangat cintakan tanah air dan disiplin
3 bulan tidak lama......bagi pengambilan kumpulan 2 Siri 6/2009 akan bermula pada 19 Mac 2009 hingga 8 Jun 2009....tak lama kan. Bagi ibu-bapa...bagilah anak anda berpeluang untuk menimba ilmu yang baru....dan menjadikan anak anda seorang insan yang berguna...dalam menghadapi arus global sosial yang mangkin teruk....renungkanlah...

Khamis, 22 Januari 2009

Detik Jam Detik Kehidupan

Tik Top Tik Top
Waktu itu masih berjalan
Tik Top Tik Top
Nafas ini masih mampu di hembus

Tik Top Tik Top
Rambut yang hitam ini sudah menampakan uban
Tik Top Tik Top
Ohhh Tanpa Ku Sedar Umurku Dah Meningkat

Tik Top Tik Top
Ku masih mampu hembuskan nafas ini
Tik Top Tik Top
Terima kasih pada mu Tuhan Yang Maha Esa

Tik Top Tik Top
Tenaga ini semakin hari semakin kurang
Tik Top Tik Top
Ku Bermunajat Semoga Umur ini di panjangkan
Mengikut Jejak Rasulku yang Tersayang.

Tik Top Tik Top
Azan sudah berbunyi
Tik Top Tik Top
Alhamdulilah aku masih bersujud padaMU
Tuhan Yang Maha Esa
Terima Kasih Amin.

Selamat Tahun baru 2009

Selamat tahun baru kepada semua blogger....semoga di tahun ini kita di beri rahmat oleh Tuhan yang maha Esa ( Allah)...di tahun baru ini tahun 2009 kita mungkin telah memasang azam baru tekad baru untuk memajukan diri kita samada dari sudut duniawi ataupun akhirat (selepas mati). Semoga apa apa azam yang dibuat oleh semua blogger tercapai hendaknya dan dimakbulkan oleh tuhan yang maha esa.
Dalam kita membuat azam tahun baru kita dikejutkan dengan berita kemelesetan ekonomi dunia yang mana kalau mengikut perkiraan pakar-pakar ekonomi ianya berlaku setiap 10 tahun sekali dan kegawatan ini secara tidak langsung telah memberi kesan kepada ekonomi Malaysia dan kita diberitahu melalui akhbar-akhbar bahawa mungkin wujud pembuangan kerja didalam sektor-sektor tertentu terutama sektor yang memerlukan tenaga buruh yang ramai. Semoga perkara ini tidak berlaku. Amin
Walaubagaimanapun kita dan rakyat Malaysia berharap agar masalah ini dapat diatasi oleh pakar-pakar ekonomi Malaysia seperti pada era Tun Dr Mahathir dulu...dimana Malaysia telah menunjukan satu cara mengeluarkan diri.....dengan idea yang bernas daripada bekas PM kita.Saya sehingga kini masih respect dengan bekas PM akan idea-idea beliau.
Bila mengjangkau tahun baru kita jangan lupa bahawa umur kita telah bertambah satu tahun lagi...maknanya garis penamat kehidupan kita pun semangkin hampir menjengah kita...Fikirkan sekejap....adakah diri ini telah bersedia untuk bertemu dengan tuhan yang maha Esa...sesungguhnya mati itu adalah kiamat kecil bagi kita....muhasabah diri lah selepas solat renunglah apa yang telah kita buat semalam, hari ini dan akan di buat esok. Semoga kita semua di dalam jagaan Tuhan yang Maha Esa. Amin
Akhir sekali kepada semua blogger yang membaca ruangan saya...dan saya pun dah kena flag tulisan ini hanya untuk renungan, pedoman dan bertukar idea sahaja tanpa ada niat sebaliknya.
Semoga semua blogger........sihat dan senyum sokmo.............